hai, kita maseh berada pada mood yang sama
mood dimana hati kecewa ditinggalkan kekaseh.
oh! sangat tak seronok kat situ.
sambung kisah yang lepas,
kali ini mahu dikupas dengan lebih mendalam.
mari kite tanya mangsa nih!
awak sedih?
tipulah kalau aku tak sedih dgn perpisahan ni, memg aku sangat harapkan perhubungan ni kekal hingga ke akhir hayat, tapi apekan daya, kita manusia biasa hanya buleh merancang, tapi Allah Taala yang menentukan segala galanya, ada hikmah di sebalik kejadian. Amin.
awak meroyan?
oh meroyan! Alhamdulillah, kali ini aku taklah semeroyan dulu. mungkin aku jadi lebih kuat, lebih matang dalam menilai segala takdir yang telah ditetapkan buat ku. Tapi adakalanye, aku menjadi sedih bile terkenang segala kenagan manis kami bersama. Ye, walaupon usia perhubungan kami pendek, tak sampai setahun, tapi adelah juga kenangan2 indah yg maseh tersimpan rasmi di ingatan.
awak marah?
marah? mungkin jugak. marah pada dia, marah kenapa dia meninggal kan aku. kenapa dia tak mahu mengasihi aku, mencintai aku. kenapa? ini ke balasan yg aku dapat hasil dari kesetiaan aku, kecintaan aku padanye, kasih sayang aku padanya. marah sebab sepanjang tempoh perhubungan dia jarang untuk memberi perhatian pada aku. tapi aku cuba sabar, cube mengikut segala rentak hidup dia, tapi kesabaran aku tak berkesan pada diri dia, tak dihargai olehnya.
awak benci?
orang cakap, tak baik membenci sesama sendiri. jadi aku cube kawal diri aku untuk membenci padanya, tapi apakan daya, aku hanya manusia biasa. perasaan geram, marah, sedih bercampur baur menjadi benci. Benci kerana dia aku terseksa jiwa dan raga. Perasaan tidak menentu. segala galanyalah.
awak redha tak?
ye aku redha, aku tak berhak nk memaksa dia untuk mencintai aku, aku redha yang kami tidak ditakdirkan untuk bersama. Aku redha jika dia pergi meninggalkan aku. Cited by HUDA AZIZ," kita mungkin sedih bila orang yang kita suka, sayang dan cinta tak bersama kita, tapi kita akan jadi lebih sedih, bila dapat tahu, yang sebenarnya orang yang kita cinta dan sayang tu, tak bahagia dengan kita." Jadi aku redha, aku lepaskan dia perlahan lahan dalam kotak ingatan aku, dalam hati aku. Ye pada permulaan, memang kita akan berasa sedih dan kosong, tapi itu lumrah alam, yang datang pasti akan pergi. Mungkin dah tertulis, antara kami tiada jodoh.
jadi kepada MOHD SUFIAN,
ye saya tahu, awak takkan baca blog ni,
saya doakan awak akan temui insan yang benar2 buleh bahagiakan awak.
saya sentiasa doakan kejayaan dan kebahagiaan awak.
saya akan simpan segala kenangan kita selama 11 tahun di satu tempat dalam hati saya.
terima kasih sebab bagi pengalaman dan pengajaran kepada saya tentang erti hidup.
dan kepada diriku,
aku kena kuatkan semangat
kene bersyukur sebab ramai lagi yang sayang padaku,
bersyukur sebab masih ada family yg sentiasa memahami
bersyukur sebab masih ade kawan kawan yang sentiasa memberi dorongan, semangat,
bersyukur sebab masih bernyawa di buma Allah yang indah ini.
Putus cinta bukanlah pengakhiran segala galanya,
tapi ia adalah permulaan bagi sesuatu perjalanan.
segala keputusan terletak pada diri kita untuk memilih yang terbaik.
jadi, buruk dan baik, terletak pada diri kita sendiri.
kepada kawan kawan, family, makcik makcik ku, tengs for all ur advice. love u all!!
so pengajaran untuk hari ni,
*elakkan bercinta dengan kawan baik, nanti kalau putus cinta, dah tak best dah.*
tapi kalau yang okeh tu, go on ja. korang okeh kot, aku yang x okeh! hahaha.
see u! bai.
muka orang semangat nk lekat gambar kat resume. takde gambar formal, ni pun buleh lah! hahaha
oh ye, lupa, tadi aku g job fair kat KLCC, ade rezeki pas belajar ni, dapat kerja, adelah. Amin.




tak pe....perempuan yang baik memang tuk lelaki yg baik....=D
ReplyDeletetenkiu nini :)
ReplyDelete